Pentas itu Seni Kehidupan Kita

Menurut Winkelman,untuk menghasilkan keindahan ia perlulah melalui satu proses yang dikenali sebagai idealisasi iaitu proses menggunakan akal dan menjadi asas kegiatan seni yang utama: "Dihujahkan bahawa keindahan yang sempurna tidak terdapat pada alam, bahawa untuk mencipta sesebuah karya yang indah, seniman perlulah memilih berbagai-bagai unsur yang mengandungi keindahan dan mengabungkannya dan dengan demikian menghasilkan imej idaman yang lebih indah dari apa yang alam dapat berikan."